Archive for December, 2006

Diriku Pasca Debat 100 Jam Tanpa Henti

Tuesday, December 26th, 2006

Debat_100_jam_8
Alhamdulillah… berkat kesabaran dan ketabahan baik penganjur (UiTM dan DBP) mahupun peserta, maka rekod Debat BM tanpa henti telah dicatatkan pada 23 Disember lalu dengan catatan 100 jam 10 minit 44 saat…

Debat_100_jam_35_1
bagi saya, pengalaman menjadi sebahagian daripada rekod
kebangsaan dan rekod dunia merupakan satu kepuasan berganda… pertama, dpt menyumbangkan secebis jasa untuk catatan rekod… kedua, berdebat (mmg suatu hobi yang disukai)… ketiga, yang paling mengasyikkan, berborak dan menghabiskan masa bersama-sama semua peserta, termasuk pendebat IPT, sekolah dsb…

Debat_100_jam_11_1
tentunya, pengalaman beramah-mesra dengan semua peserta mmg menyeronokkan…. almaklumlah, dalam dunia debat ni, siapalah Ali Asyraf jika dibandingkan dengan nama-nama besar seperti Azizul, Kaloi, Tra, Ijan (sekadar menyebut beberapa nama)… pun begitu, Debat 100 jam ini kelihatan seperti tiada jurang senior-junior mahupun pendebat establish-amateur…

Debat_100_jam_16
kepada jawatankuasa penganjur, sekalung tahniah diucapkan… huhu… sepanjang Debat 100 jam, terharu melihat AJK memastikan aktiviti berjalan lancar… walaupun sekadar bertanya "dah makan?"… huhuhu

juga terima kasih tak terhingga pada ibu and ayah coz beri keizinan untuk join Debat 100 jam ini….

bilakah dapat dikecapi lagi?

Diriku Pasca Debat IKIM 2006

Friday, December 8th, 2006

berakhirlah perjuangan pasukan UM pada 6 Disember 2006 yang lalu hanya di peringkat suku akhir… namun, Alhamdulillah dilafazkan kerana sasaran awal ialah melepasi peringkat liga… pun begitu, beberapa kekesalan tetap dirasai… betul kata orang, sesal dahulu pendapatan, namun sesal kemudian saya kira suatu muhasabah dan pengajaran…

mungkin saya tidak melakukan yang terbaik semasa debat IKIM ini sehingga gagal melunaskan harapan dan impian team UM untuk Debat IKIM ‘05 (Ijan, Otel, Zizul) dan Jaamat… namun, apa pengajaran kali ini lebih daripada sekadar buat yang terbaik untuk berdebat, malah buat yang terbaik untuk membawa team anda…

buat Firdaus dan Bidasari, manusia itu ibarat rumah; rumah tak akan sempurna tanpa tandas, walaupun tandas itu tempat yang kurang bersih, namun ia adalah pelengkap pada rumah… samalah seperti manusia yang tidak akan sempurna tanpa kekurangan… namun, baikilah kekurangan dan kelemahan sebagaimana tandas yang perlu dicuci dan dibersihkan…

Di akhirnya, sekalung perhargaan buat keluarga yang jauh, ibu dan ayah yang dirindui di Johor Bahru… kepada Firdaus dan Bidasari… buat yang membantu; Istajib, Ijan, Jaamat, Zizul, Otel, Wan, Nizam, Azizi, Azri…. juga kepada rakan-rakan pendebat lain, suatu pengalaman berharga bersama-sama kalian…

Bilakan akan terubat?

Diriku Pasca Debat Diraja 2006

Saturday, December 2nd, 2006

well, saya berasa sungguh gembira atas nikmat yang dikurniakan… Johan Debat Diraja 2006, satu gelaran yang bagi saya sangat berprestij… jerit-perih kepayahan ke arah mencapai sasaran seolah-olah hilang dan terbayar apabila Keris dalam genggaman…

saya kira, pengalaman ke Debat Diraja 2006 ini menyimpan seribu satu makna tersendiri dan pengalaman baru… well, paling seronok ialah pengalaman untuk menggulung kes pasukan, yang merupakan komponen paling penting dalam arena perdebatan… walau tidak sebaik mana, namun ia tetap menjadi pengajaran untuk mengharungi kejohanan mendatang… selain itu, pentas final ke-2 (selepas Debat A/Sekitar, tidak termasuk Debat Terbuka Arau) juga menjadi suatu pengalaman yang saya rasa sukar untuk dikecapi oleh insan seperti saya…

pun begitu, kalau tidak mendapat johan sekalipun, saya merasakan bahawa Debat Diraja kali ini memang berlainan… dengan air kotak untuk makan, perbezaan waktu dengan s’jung, gelagat LO, dan saya kira ukhuwah saya dirapatkan dengan pendebat dari IPT yang lain… kepada Nana, G-han (UKM) and Mai (KUSTEM), harap team impian kita akan terbina… haha!…

Maka, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Syukur kepadaNya atas kurniaan bakat dan kekuatan… terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu dan ayah yang mendoakan, juga pada keluarga atas sokongan moral, tidak dilupakan Shahrizan dan Zulfadhli yang sabar dan cekal dalam mendidik diri ini, terima kasih tak terhingga kepada kalian dan juga Azizulhakim yang tidak putus-putus mencurahkan idea… kepada team Orator UM untuk ke royal; Ridwan, Azri, Bida, Azizi, Wan, Zati, Zahrah, Lee, Sri… sekalung apresiasi untuk kalian… kepada Nanu, trimas coz sporting gile!… En S dan Cik Amini… kepada rakan debat IPT yang lain, terima kasih atas segala bantuan dan sokongan… moga berjumpa lagi… kepada rakan-rakan karib di kolej; Bukhari, Amir, Maisarah, Umar, Nuar, Mamat (sekadar menyebut beberapa nama)…

Terima kasih dan syukur…