Pulang ke sekolah…

October 26th, 2007 by shahrularif

Shahpekan_4
22 Nov 2007, saya berkesempatan untuk kembali ke bekas sekolah saya yang tercinta. Atas undangan Miss Ann, majlis sambutan raya yang disifatkan sederhana tetapi meriah telah saya hadiri. Tujuan utama, berjumpa kembali dengan guru-guru lama yang telah banyak mengajar diri ini tentang erti kehidupan yang sebenar.

Nametag_shah
Hati rasa gembira bertemu dengan semua guru, ramai juga yang masih mengajar di sana. Lawatan ke kawasan sekitar sekolah juga sedikit demi sedikit menyebabkan kotak memori saya seakan dibuka dan ibarat wayang; terpapar satu demi satu. Teringat zaman dahulu; seorang pembahas, suka bernasyid, pengawas yang pemalas, tidak rajin belajar di kelas prep, itulah dia Ali Asyraf. Huhu…

Namun, sebagaimana biasa, perubahan telah berlaku. Budaya pelajar amat berbeza. Agak kesal juga, namun kita tidak mampu mengelak daripada perubahan. Cuma biarlah ke arah yang lebih positif.

Tekad saya, suatu hari nanti, saya ingin kembali ke tempat yang mana telah banyak mengubah hidup saya. Bukan sebagai pelawat semata-mata, tetapi sebagai seorang warganya. Amin. Moga impian akan tercapai.

Angkasawan Malaysia

October 25th, 2007 by shahrularif

Banyak respons yang saya baca tentang program angkasawan malaysia baru-baru ini. Dengan menaiki Soyuz TMA-11 dan kembali ke bumi menaiki Soyuz TMA-10, Alhamdulillah Dr Sheikh Muszaphar Syukor telah berjaya menjadikan misi tersebut suatu kenyataan.

Soyuz_tma11_patch
Sejarah ini juga mencatatkan bermulanya era baru dalam penerokaan angkasa lepas bagi sebuah negara kerdil dalam bidang ini seperti Malaysia. Terima kasih daun keladi diucapkan kepada Roskosmos dan NASA atas kerjasama dan bantuan yang diberikan kepada kedua-dua Dr Sheikh Muszaphar dan Kapt Dr Faiz, dan juga siaran langsung oleh NASA yang dipetik oleh Malaysia terutamanya di saluran 588 Astro. Juga syabas kepada Malenchenko dan Whitson kerana berjaya mengemudi Soyuz TMA-11 dan menjadi komander ISS wanita pertama, kerana anda sebahagian sejarah perkembangan Sains & Teknologi di Malaysia.

Namun begitu, bukan itu yang saya ingin utarakan. Setelah membaca blog khairulnizambakeri berkenaan Angkasawan Malaysia Bodoh oleh Backman, sedikit demi sedikit saya berasa sangat dukacita.

Dr_sms
Benar kata Khairulnizam, banyak yang perlu kita pertimbangkan. Namun, saya sebagai bakal guru di masa akan datang lebih melihat program angkasawan ini bukannya suatu anjakan besar untuk Teknologi negara, bukan juga politik untuk menaikkan nama negara semata-mata, tetapi menjadi Inspirasi kepada masyarakat Malaysia, itu saya kira yang paling penting.

Soyuz
Harakah juga turut berkata, kita bazirkan duit semata-mata untuk menguji yoyo dan gasing. Perlu diingat, eksperimen yoyo dan gasing dibuat, kemudian dipancarkan secara langsung di hadapan sekumpulan pelajar di Pusat Sains Negara. Untuk apa melainkan menarik minat pelajar terhadap sains. Malah, ada juga yang kata kita tidak perlu menghantar angkasawan kerana teknologi kita masih tidak mampu menghantar roket. Persoalannya, adakah kerana kita tidak mampu membina roket, kita tidak perlu menghantar angkasawan atau melancarkan satelit? (memetik kata-kata Datuk Dr Mazlan Othman)

Exp16
Memang tidak dinafikan, belanjanya cukup besar, iaitu hampir RM 100 juta. Perlu diingat, faedahnya juga besar. Sebagaimana yang saya katakan, program ini memberikan semangat dan suatu anjakan kepada masyarakat. Rata-rata rakyat Malaysia kini mula sedar tentang kewujudan ISS, malah ada yang sudahpun memahami tentang kapal angkasa Soyuz TMA itu sendiri. Bagus bukan? Inilah yang saya katakan, memberi inspirasi dan semangat.

Biarlah seluruh warga politik tanahair, khususnya di Harakah (maafkan saya kalau ada yang tidak bersetuju) asyik-asyik mengatakan tentang keburukan program ini, dengan merujuk kepada pembaziran semata-mata. Kerana itulah, golongan yang diberi peluang untuk berbicara dalam tempoh singkat sepuluh minit tatkala ISS melintasi Malaysia di orbit 16 ialah sekumpulan pelajar sekolah rendah, bukannya Azamin Amin (penulis artikel di Harakah) mahupun Backman sendiri.

Smsdiiss
Di akhirnya, jangan burukkan kejayaan Dr Sheikh Muszaphar dan Agensi Angkasa Lepas Malaysia. Ingatlah, kejayaan pelancaran satelit Sputnik 1 dahulu bukan sekadar kejayaan penerokaan teknologi satelit, tetapi jauh daripada itu, menjadi titik permulaan kepada pendidikan Sains di seluruh dunia terutamanya di Soviet dan Amerika Syarikat. Mungkin, kejayaan program angkasawan ini juga sebagai suatu permulaan kepada era baru Sains dan Teknologi negara tercinta.

PRK semakin hampir, kita semakin terpinggir

September 18th, 2007 by shahrularif

Tahun ini masuk tahun ke-4 pengajian saya di Universiti Malaya dan kali ke-4 jugalah saya melalui pilihanraya kampus (PRK).

Adakah melampau untuk saya katakan bahawa perbalahan politik dalam PRK telah menyebabkan kita terbahagi and akhirnya terus terpinggir? Saya rasakan tidak. Saya sedih melihatkan orang lain boleh bekerjasama untuk kebaikan bersama. Namun, perbalahan sesama sendiri ini saya lihat merugikan kita.

Ambil contoh dua pihak di Universiti Malaya (yang terang-terangan melanggar undang-undang PRK) iaitu Aspirasi dan Pro-Mahasiswa (a.k.a Gagasan). Acapkali kita dengar, perpecahan sesuatu bangsa akan meruntuhkan  bangsa itu sendiri. Namun, hakikatnya perit untuk diterima. Aspirasi dan Pro-Mahasiswa adalah kumpulan dominan Melayu. Dua kumpulan ini mempunyai titik persamaan yang begitu jelas; Islam dan Melayu.

Persoalannya, apakah titik persamaan ini tidak boleh dibentuk untuk menyatukan Islam dan Melayu demi kebaikan bersama? Adakah wajar meletakkan perbezaan pendapat, fahaman dsb sebagai suatu sempadan untuk membentuk perpaduan di kalangan kita?

Saya kira, sudah tiba masanya, undang-undang PRK ditegakkan oleh semua pihak; tiada calon bertanding atas nama kumpulan tertentu. Sudah tiba masanya juga untuk kita bergabung atau sekurang-kurangnya mempunyai kerjasama dan penyatuan yang kuat demi kebaikan semua.

Debat dan AUKU

September 17th, 2007 by shahrularif

Saya baru kembali dari kelas Sosiologi kelolaan Dr Norani. Istilah kelolaan di sini menggambarkan keadaan kelas tersebut yang tidak berpusatkan guru/pensyarah, sebaliknya telah diadakan aktiviti ala-ala forum ilmiah untuk mengupas beberapa topik hasil kajian pelajar.

Beberapa minggu yang lepas, seorang pelajar dari kelas tersebut telah bersuara mengatakan AUKU perlu dihapuskan kerana menyebabkan mahasiswa tidak dpt menyuarakan idea. Apa yang terlintas di fikiran saya ialah saya bersyukur dapat menyertai pertandingan debat inter-varsiti.

Jauh bukan? Dari AUKU, saya terus berfikir tentang debat.

Cerita begini. Dalam pertandingan debat inter-varsiti, pelbagai topik dan perkara telah dibahaskan secara ilmiah saya kira. Dari isu sosial dan politik seperti rasuah, blogging, kebebasan media, birokrasi dan sebagainya sehingga kepada isu agama seperti pengwujudan jawatan peguam syarie negara, semuanya dibincangkan dengan teliti, adil dan rasional.

Kesimpulan mudah dari akal saya yang tidak setinggi mana, mereka (yang mahu AUKU dihapuskan) hanya memikirkan menyampaikan idea dengan membuat kenyataan akhbar, memorandum dan demonstrasi. Perlu diingat, tindakan tersebut adalah provokatif dan sukar dikawal. Kenyataan akhbar dan demonstrasi misalnya, boleh menyebabkan timbul sentimen dan ketidakstabilan.

Tetapi tidak dalam debat. Peranan speaker untuk mengawal keadaan dan garis panduan tertentu membuatkan debat merupakan arena terbaik untuk bersuara dan menyampaikan debat.

Akan timbul satu perkara baru. Ramai akan mengatakan Debat itu akan melalaikan dan merosakkan sesuatu bangsa. Saya kita, kegagalan pemahaman membuatkan kita berfikiran cetek sebegitu. Debat yang merosakkan masyarakat ialah debat akan perkara remeh-temeh, tidak berpenghujung dan tiada kebaikan kepada masyarakat. Namun, pertandingan debat inter-varsiti tidak sebegitu.

Apalagi, marilah memeriahkan dunia perdebatan (yang sihat)!

Tag

September 11th, 2007 by shahrularif

Saya telah di’tag’ oleh Khairul Nizam Bakeri?

Nak tahu? baca sendiri….

1. Each blogger must post these rules first.

2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.

3.
Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their
eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to
choose eight people to get tagged and list their names.

4. Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve tagged, and to read your blog.

Hmm… kita mulakan dengan 8 fakta/tabiat saya:

  1. Nama panggilan di rumah : ShahrulSudah malas nak terangkan mengapa nama panggilan sebegitu.
  2. Laman web wajib lawat setiap kali layari internet ialah Friendster. Huhu… Sehingga entri ini ditaip, saya sudah mempunyai 1046 kawan di rangkaian f’ster.
  3. Minat untuk dengar muzik orkestra/music score. Tidak ramai yang berkongsi minat yang sama dengan saya.
  4. Suka sebut perkataan ‘benchot‘. Hanya kawan-kawan sekolej sahaja yang tahu perkara ini.
  5. Mempunyai koleksi novel Harry Potter dari buku satu sehingga tujuh. Kerana itulah novel Bahasa Inggeris yang saya baca (tidak termasuk novel untuk KOMSAS semasa sekolah dahulu). Dalam masa yang sama, saya tidak gemar langsung membaca novel cintan-cintun yang digilai remaja zaman sekarang.
  6. Tidak begitu mengikuti bola sepak, tetapi peminat setia pasukan BMW-Sauber.
  7. Suka akan nasi goreng cendawan. Suka akan cendawan goreng (teringat di UNIMAP). Suka akan sup cendawan. Suka akan lauk cendawan. Senang cerita, suka makan cendawan.
  8. Masih single. Haha…

Hendak tag siapa ya? Kepada pelayar-pelayar blog saya yang namanya di bawah ini, sambunglah permainan ini. Kelihatan seronok.

Angkasawan Malaysia

September 6th, 2007 by shahrularif

Baru-baru ini (3/9/07), kerajaan telah mengumumkan kepada sekalian rakyat bahawa sesungguhnya angkasawan pertama akan diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri.

Sebagaimana biasa, saya bersiar-siar di internet untuk memenuhi masa lapang, lantas menemui beberapa artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Bukannya berniat untuk membuat spekulasi, tetapi agak menarik untuk membuat smart guess tentang siapa yang akan mewakili Malaysia.

Satu artikel dari NASA telah menyebut bahawa pada Oktober nanti, sebahagian peserta Expedition 16 ke Stesen Angkasalepas Antarabangsa (ISS) akan menaiki Soyuz dan berlepas dari Kazakhstan yang mana antara pesertanya ialah Sheikh Muszaphar Shukor dari Malaysia. Maknanya, jikalau artikel ini sahih (kalau tidak sahih, tidaklah ia dipresskan oleh NASA), Dr Sheikh Muszaphar akan menjadi angkasawan pertama Malaysia.

Sozuztma11crew
Bukan sekadar itu sahaja, saya juga telah menemui gambar penumpang Soyuz TMA-11 juga di laman web NASA, yang mana gambar tersebut jelas menunjukkan tiga penumpang termasuklah Dr Sheikh Muszaphar. Sekadar makluman, dua lagi penumpang tersebut ialah Yuri Malenchenko (dari Rusia) dan Peggy Whitson (dari AS, merupakan komander penerbangan angkasa wanita pertama). Walaupun artikel ini bukanlah suatu kenyataan, namun artikel ini dibuat berdasarkan satu conference yang diadakan di NASA.

Maka, saya ingin membuat suatu tekaan, bahawa Dr Sheikh Muszaphar akan pergi ke angkasa lepas, manakala Kapten Dr Faiz Khaleed akan menjadi back-up.

Apa pilihan anda? Apa-apapun, moga bidang Fizik terus berkembang…

Idealis

September 6th, 2007 by shahrularif

Saya ternampak satu poster (poster ke?) yang ditampal (pastinya tanpa kebenaran) di perhentian bas di hadapan perpustakaan utama UM.

Jelas kelompok yang memperkenalkan diri mereka sebagai weloveum ini telah memulakan kempen risalah pilihanraya kampus (PRK) lebih awal lagi. Belum pun terdengar bilakah pilihanraya ingin diadakan, tindakan awal baik pihak-pihak berkenaan telahpun bermula. Saya sendiri, sering melawat laman web Harakah dan Idealis Mahasiswa di mana perang PRK tidak pernah berkesudahan.

Saya juga sempat berbual-bual dengan rakan-rakan tentang PRK dan rata-rata mempunyai pendapat dan pilihan masing-masing, baik Aspirasi, Gagasan dan sebagainya. Tidak sekadar berbual-bual, ramai mengecam diri saya kerana mereka melihat diri saya sebagai golongan yang tidak berpendirian. Saya tekankan di sini bahawa, pendirian saya adalah dengan mereka yang mempunyai idea saranan yang baik serta keinginan yang kuat untuk mengadakan sesuatu (rujuk kamus dewan).

Kembali kepada kenyataan asal saya tentang poster yang saya jumpa di perhentian bas tersebut, jelas-jelas mereka merupakan golongan yang melaung-laungkan hak mereka sebagai mahasiswa yang mendokong demokrasi, namun gagal memahami perjuangan mereka yang sebenar. Sebagai contoh paling mudah, kedangkalan mereka memilih moto perjuangan sendiri menunjukkan mereka bukanlah golongan yang berfikir panjang, namun asalkan moto sedap dilaungkan, itulah yang dipilih.

Apakah moto mereka? Hidup mahasiswa beridealisme! Lebih kurang begitulah propaganda yang dicetak. Mungkin pada pandangan akal mereka, Idealisme membawa pengertian mempunyai idea yang baik untuk disarankan (merujuk kepada istilah Gagasan yang membawa maksud yang sama). Namun, hakikat yang sebenar merujuk kepada pengertian Idealisme berdasarkan kamus dewan adalah :

idealisme 1. sifat (sikap atau perbuatan) melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal, sifat (sikap, cita-cita, dsb) menghasratkan yg unggul (yg sempurna) 2. hasrat atau cita-cita yg unggul tetapi tidak realistik (tidak berkemungkinan tercapai atau menjadi kenyataan), hasrat atau cita-cita yg lebih merupakan impian 3. aliran (penulisan, seni) yg bersifat impian atau khayalan (dgn memaparkan keunggulan, kesempurnaan, keindahan, dsb) yg berlainan sama sekali drpd kenyataan

Maka sahabat-sahabat sekalian, bersedia untuk memilih?

Mock Trial

September 6th, 2007 by shahrularif

Mocktrial
Malam semalam (5 Sept 2007), saya berkesempatan untuk menghadiri Mock Trial di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya. Merasakan diri masih kurang ilmu dalam selok-belok perundangan ini, maka pergilah menonton bersama-sama rakan yang lain (Norfaizal, Hidayah, Balqis, Sarah, Kak Cik, bf Kak Cik (sape nama ek?)). Walaupun saya menyedari bahawa mock tersebut merupakan ala-ala lakonan teater di Panggung Sari Istana Budaya, namun sedikit sebanyak telah memberikan ilmu dan input yang berguna.

Mock trial berlangsung kurang lebih 2 jam berkisar tentang perbicaraan tentang dakwaan seorang hamba Allah ini terlibat dengan rompakan bank. Bagi saya, kesemua peserta mock ini memberikan persembahan baik namun lawak-lawak yang diselitkan dalam persembahan tersebut hanya boleh difahami oleh orang-orang tertentu sahaja.

Keseluruhannya, sangat baik. RM2.50 yang berbaloi. Jangan ketinggalan…

Ketenangan, Kemerdekaan, Kenangan

September 4th, 2007 by shahrularif

Hmm… setelah sekian lama tidak menaip dalam blog ini, ada juga mood dan idea untuk menaip… sehingga saya tidak tahu di mana hendak bermula…

Dizoo_2
Well, pada 24-25 Ogos yang lepas, keluarga orator Universiti Malaya telah mengadakan percutian yang bertemakan Berlari Mencari Ketenangan di Melaka. Selama dua hari dua malam (kerana hari jumaat, kami sampai pada jam 9.30 malam). Aktiviti yang dirancang? Makan ikan bakar di Pengkalan Balak, ronda-ronda Ayer Keroh, aktiviti tepi pantai, Karaoke dan BBQ, serta perlawanan bowling di Mahkota parada. Rasanya, tidak perlu ditaip semua aktiviti di sini, kerana anda boleh membacanya di Azerai’s blog. Apa-apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua; Abg Hasril, Abg Azerai, Abg Zizul (warga emas yang prihatin), Otel (thanks sebab bagi support), John & Nanu (bile nak kahwin?! haha), Zati & Zami (sporting gak!), Acap & Zahid (Thanks & Sori).

Bapi
31 Ogos 2007, sambutan kemerdekaan ke-50 Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, saya juga tidak mahu ketinggalan untuk merasai kermeriahannya. Lantas, atas ajakan Amir Ramzani, kami bersepakat untuk ke Putrajaya bersama-sama Jej Ida Mal dan Sob. Kami tiba di sana pada jam 10.30 malam, sanggup berjalan kaki sejauh 1.6km semata-mata untuk memperoleh kedudukan terbaik menonton persembahan bunga api. Tepat jam 12 malam, bermula pertunjukan bunga api oleh pasukan dari Jepun yang saya kira antara persembahan bunga api tercantik yang pernah saya saksikan.

Pada keesokannya pula, saya berkesempatan berjumpa dengan sahabat-sahabat lama di Bandar Baru Bangi. Thanks to Poji, Mat, Amir  & Zamir. At least, hilang gak busan and terubat kerinduan dengan korang… haha…

Bila lagi leh cenggini?

Diriku Pasca Debat Kemerdekaan

August 21st, 2007 by shahrularif

Setelah membaca blog teammate, Zulfadhli tentang entrinya berkenaan Debat Kemerdekaan 2007, maka akhirnya mood saya kembali menulis di blog ini setelah sekian lama membiarkannya sepi…

Benar sebagaimana yang dikatakan oleh Zulfadhli a.k.a Otel (nama pena?!)…. Pertandingan Debat Kemerdekaan Antara IPT 2007 yang berlangsung di UniMAPerlis telah memberi seribu satu kenangan manis yang menjadi satu ‘turning-point’ terhadap diri yang masih merangkak-rangkak dalam dunia perdebatan IPT di Malaysia ini…

Antara lain, keadaan mental dan fizikal pendebat itu sendiri perlulah cergas dan baik… pengalaman saya, apabila mengalami tekanan yang berlebihan, saya akan mengalami masalah kesihatan (Debat PIN 2007, Debat Alam Sekitar 2007)… dan ilmu di dada juga perlulah tinggi sebagaimana yang pernah ditulis di akademidebat.com

Perlawanan di UniMAP memang menguji kesabaran dan ketahanan… pertama sekali, keadaan bilik persidangan yang panasnya usah dikata… tambahan pula tajuk yang cukup memerlukan kajian mendalam… (bayangkan kalau tidak tahu-menahu pasal isu blogging, sedangkan tajuk pertama is "Blogging Manifestasi Rakyat Merdeka)…

Bak kata Otel, konsep "merangkak" UM memang merupakan pengalaman bagiku… berada pada kedudukan ke-20 seawal pusingan pertama, sedikit demi sedikit memperbaik kedudukan kepada kedudukan ke-16 (selepas pusingan kedua), ke-8 (pusingan ketiga), ke-6 (pusingan keempat), ke-3 (pusingan kelima, dan akhirnya menduduki tangga kedua keseluruhan. Alhamdulillah…

Kesimpulan dpd tiga edisi debat awal semester ini (Debat Kepenggunaan, Debat Alam Sekitar, Debat Kemerdekaan), pentas perdebatan IPT M’sia sememangnya begitu sengit… setelah selesai dua perlawanan, perlawanan ketiga memang tiada tenaga yang optimum sebagaimana perlawanan-perlawanan sebelumnya… ini sudah membuktikan bahawa semua pasukan sama kuat, sama hebat, sama liat…

Saya tidak mahu menaip sebarang keputusan di blog ini kerana agak banyak juga perkara yang akan ditulis, ditambah pula diri ni tidak rajin seperti Khairulnizam Bakeri (UiTM) yang boleh membuat ‘update’ dalam blog beliau setiap hari…

Cuma di kesempatan ini, ingin sekali menyampaikan rakaman ucapan terima kasih buat Ibu dan Ayah serta family yang mengizinkan saya untuk pergi ke UniMAP sedang kalian bercuti di Port Dickson… juga kepada konsultan Orator UM, En Azizulhakim Abd Aziz… memang kemahiranmu bermain dengan buah catur debat ini tiada taranya… hope dpt banyak belajar untuk menjadi first speaker yang cemerlang… kepada teammate; Otel (thanks a lot, tak tau la nak taip apa utk ko kat sini), John (ko tidak menunjukkan penurunan prestasi, tetapi sebaliknya… tahniah n keep moving bro!), Azizi (ko mmg tegas bab-bab extracting fakta, kagum akan ko)… kepada team sokongan; Acap (tak nak komen ko… hahaha… anyway, thanks), Zahid (sebarang pengkantoian hanyalah sesama kita jek… ahaks!), Efzueni (hmmm….. perlu ke komen kat org yang tak banyak cakap nih)…. kepada Bro Azerai & Nizam (tak terbalas jasa kalian)…

Di akhirnya, kata-kata provokatif saya ternafi akhirnya…

"… susah untuk saya anggap ahli orator sebagai satu keluarga… kelab orator UM terlalu berorientasikan pencapaian…"

kerana saya melihat, memang orator sebahagian hidup saya… dan tindakan semua pihak, tidak berorientasikan pencapaian semata-mata….