Kantin dan Bendera

August 9th, 2007 by shahrularif

Masih ada sedikit masa sebelum bertolak ke UNIMAP…

Saya suka membaca blog saudara Nizam dari UiTM, antaranya termasuklah isu berkenaan program susu sekolah. hmm… tidak banyak yang saya boleh katakan kerana semua maklum tentang perkara tersebut.

Kantin_1
Namun, seperkara yang menarik perhatian saya ialah bukannya isu susu tersebut, namun isu yang tidak pernah digembar-gemburkan oleh semua pihak; Kantin Sekolah. Saya kira, semua mempunyai pengalaman yang sama. Makan mee hoon yang hanya mempunyai seurat dua tauge, nasi goreng yang hanya berwarna tetapi tidak berperisa, mahupun air oren yang diperbuat dpd kordial double lion. Menurut pensyarah saya (Dr Suseela), keadaan ini jauh lebih buruk berbanding di luar negara. Mengambil contoh di AS, makanan yang disediakan jauh lebih berkualiti. Ya, memang tidak dinafikan bahawa harga akan menjadi sedikit mahal, tetapi berbaloi dengan zat-zat yang diperoleh. Kantin sekolah di Malaysia? hmm.. nutrien yang ada barangkali cuma MSG dan pewarna minuman. Mana zat yang diperlukan oleh kanak-kanak? Hatta bilangan karbohidrat kompleks pun gagal dipenuhi. Akhirnya, organ dalaman pelajar sekolah juga yang terawet oleh perisa dan pewarna ini.

Bendera
Sambutan 50 tahun kemerdekaan semakin hampir. Antara lain, tinggal sejam sahaja lagi sebelum saya berangkat ke UNIMAP Perlis untuk menyertai Debat Kemerdekaan 2007. Seperkara yang ingin saya sentuh ialah keadaan bendera yang digantung di lobi Kolej Kediaman ke-10 UM. Sekali imbas, tidak nampak apa-apa yang pelik. Namun, sedarkah bahawa logo UM telah sesuka hati diubahsuai (oleh siapa? Wallahu ‘aklam). Kelakar bukan bendera yang mempunyai logo UM tersebut, tanpa perisai, yang tinggal hanya beberapa garis, beberapa ekor harimau dan sekuntum bunga raya. Apa rasional bendera tersebut dibikin sebegitu rupa? Sangat pelik bukan?

Masa tinggal sedikit… berkemas sekarang..

Pemandangan baru di UM

August 3rd, 2007 by shahrularif

dari USIM setelah selesai Debat Alam Sekitar, terdapat satu pembaharuan yang dilakukan… menarik dan menyakitkan mata… huhu… apalagi kalau bukan pemasangan batang-batang plastik penghalang jalan (yang saya sendiri tidak tahu apa namanya)… persoalannya, apa praktikalnya memasang benda tersebut?… keselamatan?… perhiasan?… pelaksanaan RMK-9?… hmm… musykil gak…

Image012_1

Image000_1

Image004

Image003_1

Jauh di sudut hatiku…

July 9th, 2007 by shahrularif

Sedar tak sedar, dah dua hari semester baru bermula… well, banyak jugak benda yang berlaku time cuti sehingga membuatkan saya merasakan sem baru ini mempunyai atmosphere yang berlainan dengan sem sem lepas…

Izinkan saya memulakan blog baru sem ini dengan luahan dari hati kecil saya sebagai seorang pendebat yang masih merangkak-rangkak untuk menjadi seorang pendebat yang baik… jauh di sudut hati, memang sedih melihat dunia perdebatan sekarang ini… penuh dengan kekotoran di sana-sini… saya selalu berharap agar dunia perdebat intervarsiti di Malaysia ini suci, bersih… tiada iri hati, tiada sifat hasad dengki, tiada talam dua muka… namun, semakin lama saya menyertainya, semakin banyak titik-titik hitan yang saya temui… musuh yang nyata usah dikata, sentiasa ambil peluang untuk menjatuhkan kita… musuh dalam selimut apatah lagi, lebih berbahaya dan boleh menikam kita…

Boleh saya katakan, hanya segelintir sahaja berkawan dengan sebetul keikhlasan semasa musim pertandingan debat… mereka benar-benar berhati mulia, tidak ada niat tersembunyi dan berniat suci untuk berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat… yang lain, hanyalah mengambil kesempatan semata-mata… bertegur-sapa dengan saya, namun tidaklah seikhlas mana…

Bukan niat saya untuk prejudis… tetapi keadaan sekeliling membuatkan saya membuat kesimpulan begitu… sukarkah kita untuk menjadi baik? sukarkah untuk kikis perasaan dengki dan iri hati?… kerana perkara ini semua membuatkan kita semakin jauh, bukannya semakin rapat…

Kiranya apa yang saya tulis ini adalah renungan buat diri saya sendiri dan semua… Saya harap, selepas ini, dunia perdebatan akan menjadi lebih ceria dengan hilai tawa dan perbualan yang lebih ikhlas… Saya tidak mahu melihat pendebat junior terasa diri mereka terasing… Saya tidak mahu melihat pendebat senior membangga-banggakan diri seolah-olah mereka tiada satu kesalahan… Saya tidak mahu umpatan menjadi zikir harian pendebat… Saya tidak mahu universiti dibanding-bezakan… Yang saya mahu, saya ingin berkawan dengan semua… Saya mahu semua orang berkawan dengan niat yang suci dan murni…

Di akhirnya, saya menyimpan impian agar tiada lagi pihak berbangga diri di laman web sendiri… saya ingin melihat kata-kata murni lahir dari pendebat universiti… saya berdoa agar semuanya menuju ke arah yang lebih baik… agar mimpi yang saya inginkan ini menjadi realiti…

Pengalaman

July 3rd, 2007 by shahrularif

pelbagai perkara berlaku sepanjang cuti… suka, duka, menangis, ketawa dsb… sehinggakan saya tidak berkesempatan untuk membuat update di blog ini…

Saya mulakan kisah lama semasa saya melangkah ke pertengahan cuti semester saya… well, pada masa itu, kolej saya mengadakan Kem Kepimpinan di Tasik Kenyir, T’ganu… well, to be honest, dengan harapan menggunung, saya ingin turut serta pergi ke kem tersebut… namun, mungkin suratan takdir sudah ditetapkan, saya tidak diterima untuk ke kem tersebut… rasa kecewa (atau dengan kata lain, frust menonggeng) menyelubungi diri… lantas, dengan hati yang kecewa bangat, saya pergi ber’cuti’ di Sek Men Sains Kota Tinggi untuk menyaksikan Pertandingan Bahas BM sempena HKSBP… seronok gak dapat berjumpa juniors, cikgu, kawan-kawan debat dsb… walaupun SHAH Pekan kalah, namun saya gembira kerana dapat melupakan kesedihan kerana tidak dapat ke Kenyir Lake….

espisod kesedihan tidak tamat begitu sahaja… kemuncak frust menonggeng ialah apabila Bukhari memberitahu yang saya tidak diterima oleh pihak kolej untuk menjadi Pembantu Mahasiswa… huhu… saat itu, kesedihannya hanya Tuhan sahaja yang tahu… rasa tidak dihargai, frust, marah, bosan dan sebagainya bercampur-baur dalam diri membuatkan saya hilang arah buat seketika… pelbagai andaian saya lakukan kepada Kolej 10 UM (atau lebih tepat, andaian terhadap Pengetua Kolej 10 UM) atas alasan mengapa permohonan saya ditolak… saya kira, detik gagal menjadi PM itulah yang menyebabkan hilang minat untuk menaip sesuatu dalam blog…

Tetapi, rezeki Tuhan itu cukup besar dan adil… saya telah mengambil keputusan untuk menyertai Pertandingan Debat Kepenggunaan (a.k.a Debat FOMCA) di Uniten, Bangi… namun, dugaan tetap ada… tatkala saya bergelut dengan keyakinan diri sendiri lantaran terlalu kecewa, ditambah pula dengan ketiadaan teammate semasa latihan atas tugas dan keuzuran, diburukkan lagi dengan terpaksa mencari teammate baru kerana Azri tidak dapat memberikan komitmen, Alhamdulillah, Allah tetap memberikan kemenangan sebagai anugerah dan pengajaran kepada diri ini… well, thanks a lot to all especially yang terlibat sepanjang latihan debat FOMCA…

setelah itu, bermulalah tugas saya pula untuk menguruskan Debat BM sempena Minggu Haluansiswa (MHS)… well, seronok sangat dapat bekerja dengan Bahagian HEP & Alumni UM… thanks a lot Pn Fiza n Kak Nor… dan sepanjang haluansiswa tersebut, saya berkesempatan untuk lakukan apa sahaja yang saya sukai, termasuk pergi menonton Perlawanan Akhir Bahas BM PPM di Putrajaya… agak sedih, kerana untuk dua edisi final lepas, saya hadir sebagai penyokong, namun pada tahun ini, saya hadir sebagai penonton sahaja… namun, tetap gembira kerana saya berkesempatan menyaksikan perlawanan yang berkualiti…

Maka di akhirnya, saya dapat rumuskan bahawa cuti ini berlangsung dengan jayanya… ya, saya tidak nafikan yang kesedihan dan kekecewaan yang melanda diri ini sedikit sebanyak membentuk memori hitam buat saya… namun, kegembiraan dan keseronokan sepanjang cuti ini membolehkan saya tersenyum sendirian…

Cuma, apa yang saya ingin dapat masih belum terlaksana… mungkin tidak akan menjadi realiti barangkali…

Cuti

May 18th, 2007 by shahrularif

Sekian lama saya tidak mencoretkan sesuatu dalam blog saya ini. Kekangan
masa dan kemudahan internet menyebabkan saya tidak dapat membuat apa-apa entri
baru selama kurang lebih sebulan.

Sedar tidak sedar, tahun ketiga pengajian saya di Universiti Malaya sudahpun
berakhir. Semester 2 sesi 2006/2007 melabuhkan tirai dengan tamatnya kertas
saya pada 27 April lepas. Sejak dari itu, bermulalah cuti semester saya yang
saya kira mungkin akan mencatatkan sejarah tersendiri.

Cuti bermula dengan projek Sirih Pulang ke Gagang IV (SPKG) di Kg Tehel,
Melaka. Sepanjang tiga tahun saya berada di Universiti Malaya ini, saya kira
buat pertama kali saya menyertai sebuah projek Operasi Khidmat Masyarakat
(OPKIM) yang sebagaimana biasa akan memberikan peluang merasai suasana hidup
yang berbeza. Aktiviti yang dijalankan? Hmm… Sesi motivasi pelajar sekolah,
senamrobik, gotong-royong, sukaneka, malam kesenian, lawatan dsb mengisi jadual
sepanjang SPKG kelolaan Kelab Rakan Motivasi (KRM) ini. Pelbagai coretan
menarik yang saya catatkan sepanjang SPKG ini termasuklah

  1. Tiba lewat ke Kg Tehel iaitu 10 mlm sedangkan sudah 12 jam peserta lain memperoleh keluarga angkat masing-masing.
  2. Sepatutnya menjadi fasilitator untuk pelajar SPM, malangnya dibatalkan kerana kurang sambutan. Akhirnya, hanya membuat kacau sahaja di program motivasi UPSR.Sengal, kan?
  3. Secara berjemaah membuat senamrobik di rumah bersama-sama Bukhari dan Faiz. Apalagi, ramai yang perli dan tuntut untuk buat poco-poco. Kami pula, buat muka tak bersalah.
  4. Yati adalah antara peserta paling mendapat perhatian baik termasuk dari orang kampung. Antara lain, kata-kata ”bola kita” akan sentiasa diingati.
  5. Malam persembahan? Buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun, saya kembali membuat persembahan nasyid. Nostalgia di sekolah dan matrik kembali semula.
  6. Saya telah bermain pantun dondang sayang dengan Nek Alan di rumah orang-orang tua di Cheng. Malang sekali, ketika hendak pulang, saya tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
  7. Sungguh istimewa kerana saya, Bukhari dan Faiz mempunyai lebih daripada satu mak angkat (orang lain jangan jealous yek)
  8. Kebetulan, rumah saya berteduh merupakan rumah yang sama peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2007 menikmati juadah tradisional masakan Mak Ngah. Kiranya, saya menikmati masakan paling sedap di Kg Tehel.
  9. Hari terakhir sangat memilukan. Sedih untuk melangkah pergi, harap dapat menjejakkan kaki, buat kesekian kali, di lain hari.
  10. Memperkenalkan istilah baru ; ”Benchot”

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK SPKG IV yang
bergitu rajin, buat rakan serumah (Bukhari dan Faiz Hope), best giler duduk
situ; buat bebudak nasyid (Bad Kimi, Sob, Azizi, Azwan, Zainal, Zuhair,
Syamsul), terima kasih sebab beri aku peluang untuk join korang; buat Maisarah,
thanks a lot; yang lain, Nuar, Hisham, Abg Teh, Aishah, Yati dll, thanks a lot
sebab menerima diri ini yang sengal. SPKG IV, akan tetap diingati.

Selepas SPKG, saya banyak menghabiskan masa bersama-sama bebudak first
year, tu yang rasa muda kejap! Di bilik Bad Kimi jek, macam-macam movie
kitorang layan, tapi kekadang tu syahid gak la, tertidur semasa menonton. Niat
hendak bermain boling terbantut, sedar tidak sedar dah tiba masanya untuk balik
semula ke Johor Bahru. Memang sedih rasanya hati semasa makan malam di Mamak
Place SS14 kerana mungkin selepas dua bulan, baru dapat nikmati suasana seperti
itu. Well, thanks Zuhair, Azizi and Bad Kimi sebab join kitorg (Ali, Bukhari
and Nuar) makan coz selepas itu memang kitorang chow balik JB. Selepas hantar
motosikal Bukhari, pukul 12 kami tinggalkan Bandaraya Kuala Lumpur. Pukul 6
pagi barulah tiba di JB.

Di rumah, tiada apa yang menarik (inilah yang saya tidak suka kalau berada
di rumah). Menonton Spidey 3 bersama-sama Anuar, jalan-jalan @ Danga Bay. Pun
begitu, pada tanggal 16 Mei lepas, seorang rakan kepada emak saya (merupakan
adik-beradik Tan Sri Mohamed Rahmat) telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.
Dan di sebalik kematian tersebut, saya mendapat seorang sepupu baru pada petang
hari yang sama!

Di akhirnya, permulaan cuti semester kali ini adalah indah. Ikatan
dan kenangan bersama-sama rakan sekolej memang utuh dan indah. Tidak kira
junior-senor, fakulti dan latarbelakang kenegerian sekalipun. Tidak keterlaluan
untuk saya katakan, jauh lebih menyeronokkan daripada bersama-sama rakan
seperjuangan debat, penuh dengan cemburu, selfish, adu domba, tinggi diri,
hipokrasi yang kadangkala membuatkan diri saya lemas. Pun begitu, digagahkan
juga demi cita-cita. Kesimpulan ini telah lama saya buat, dan kebenarannya semakin
terserlah.

Yin lagi, dan Kutub Utara

April 20th, 2007 by shahrularif

Setelah direman selama empat hari, akhirnya pasangan Myanmar yang dituduh mengeksploitasi Yin telah dibebaskan. Beberapa keraguan telah terjawab, antara lain ialah tentang persoalan kepala Yin dibotakkan, klinik tempat Yin mendapat ubat demam campak, dan ujian DNA mengesahkan lima kanak-kanak yang dijaga oleh pasangan ini memang sah anak kandung mereka, dan mempunyai kad daripada Suruhanjaya Tinggi PBB Untuk Pelarian (UNCHR). Saya tidak pasti apakah hasil siasatan selepas ini, siapa tahu dakwaan mengurung dan menculik akan tetap dikenakan, lebih-lebih lagi dalam bahang pilihanraya kecil di Ijok.

Seperkara lain ialah berkenaan dengan ekspedisi terjunan di kutub utara oleh Putera UMNO yang cuba digembar-gemburkan, namun tenggelam timbul dek penangan isu serangan peribadi terhadap TPM, isu program susu sekolah yang basi dan sebagainya. Apa yang saya lihat melalui usaha ini (terjunan di kutub utara) secara keseluruhannya begini. Apabila Putera UMNO menzahirkan idea ini lantas merealisasikannya, apakah matlamat utama mereka? Tidak lain, kononnya meningkatkan semangat patriotisme belia Malaysia agar berbangga dengan pencapaian tersebut. Pun begitu, berapa ramai kalangan kita yang meningkat semangat patrotisme apabila membaca akhbar tersebut? Jika ya, baguslah. Namun jika tidak, usaha ’syok sendiri’ putera UMNO ini adalah suatu pembaziran. Secara logiknya, saya kira kos yang dilaksanakan bukannya seringgit dua. Ini baru satu program. Belum termasuk Syarifah Mazlina, Azhar Mansor dan sebagainya.

(teringat kolej pernah menghantar delegasi kebudayaan ke Indonesia)

Risalah dangkal

April 19th, 2007 by shahrularif

Hari ini, saya bangun lantas bersiap untuk menghadapi peperiksaan pertama saya, iaitu Mekanik. Setibanya di papan notis, maka terpandanglah sehelai notis atau risalah yang dilekatkan pada papan notis tersebut. Kemudiannya, baru saya sedar, bukan sekadar kehormatan papan kenyataan dicabuli, malah bakul-bakul motosikal di kolej ini turut disesakkan dengan pengedaran risalah ini; suatu pembaziran.

Apa yang ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan isikandung risalah tersebut. Saya tidak mampu menaip semula, cukup sekadar kita analisa satu persatu apa hasil tulisannya.

"… best jugak kalau datang perjumpaan dengan PENGETUA KOLEJ. Boleh lepaskan tension. Ye lah, boleh dengar apa  PENGETUA nak cakap. Yuran Kolej nak naik semester depan ke?…"

Bagi saya, jikalau benar pengetua nak maklumkan tentang kenaikan yuran, maka baguslah. Sekurang-kurangnya, khabar angin yang kurang disenangi akan terjawab. Nampak sudah kedangkalannya.

"… Semester depan nak potong duit PTPTN untuk MGS lagi ke. Tiap-tiap tahun perkara sama berulang kan? Duit yang kita pinjam kena potong setiap sem… Yang pegi MGS tak pe lah, tapi yang tak pergi? Agak-agak diorang halalkan ke tak duit yang dipotong tanpa pengetahuan diorang?…"

Untuk yang ini, mungkin silap saya sebagai bekas Pembantu Mahasiswa, lupa untuk memberitahu bahawa yuran majlis makan malam kolej memang akan dipotong terus dari akaun pelajar. Suatu tradisi dan kebiasaan bagi setiap kolej. Persoalannya, mengapa mereka tidak menghadiri majlis tersebut? Merugikan bukan? Analoginya begini. Saya dikenakan bayaran RM 50 setiap semester untuk yuran keahlian perpustakaan Universiti Malaya. Sekiranya saya tidak pergi ke perpustakaan, layakkah saya berkata "aku tidak halalkan yuran keahlian perpustakaan, kerana aku tidak pergi ke perpustakaan". Kelakar ya! Begitulah juga kes di sini berkenaan yuran majlis makan malam tersebut, usah digembar-gemburkan perkara yang akhirnya mencerminkan kebodohan diri sendiri. Semakin nampak kedangkalannya.

Perkara lain, saya kira sama sahaja seperti entri saya dalam blog sebelum ini. Saranan saya, kepada penulis risalah tersebut, anda berjaya mencerminkan pemikiran dangkal anda dalam seluruh perenggan pertama, dan keseluruhan bahasa yang digunakan.

Yin

April 17th, 2007 by shahrularif

Yin
Isu yang memenuhi dada akhbar hari ini ialah tentang kehilangan Yin… huhu… sangat hebat sehinggakan berita Indeks Komposit yang menggembirakan pun tenggelam dek kerana isu kehilangan yang membawa kepada penglibatan polis dan parti politik ini..

apa yang dapat saya gali dan simpulkan, begini…

mungkin ada antara kita terlepas pandang yang bapa kepada Yin ini memang cuai… pernah disebut dalam media bahawa beliau sering hilang dompet, hilang motosikal, hilang handphone… dan akhirnya Allah uji beliau kehilangan anaknya… malah, ini kali ketiga beliau kehilangan Yin, nasib sebelum ini agak baik kerana dijumpai semula… maka kelam-kabutlah beliau meminta pertolongan rakyat malaysia untuk mencari anaknya…

Kemudian, disyakilah pula pasangan Myanmar yang memulangkan anaknya telah memaksa anaknya mengemis… apa yang menghairankan saya ialah begini… disebut oleh kedua-dua ibu bapanya bahawa Yin merupakan seorang kanak-kanak hiperaktif… maka, setelah menyelidiki artikel tentang hiperaktif, maka saya mendapati bahawa kanak-kanak hiperaktif sukar mengikut arahan dan mudah bosan dengan suatu perkara… maka, adakah logik Yin mengikut arahan pasangan Myanmar untuk mengemis?…

dan yang hebatnya ialah pasangan Myanmar ini… kerana jika benar dakwaan tersebut, maka terbukti kemahiran keibubapaan pasangan Myanmar ini… kenapa?… Yin bukan anak kandung mereka… sudahlah hiperaktif, mampu pula dipaksa mengemis… manakala ibu bapa mereka?… bawa anak pergi membeli-belah, ibu bapa sibuk membeli, anak mereka ‘blah’ pun tidak disedari…

belum dikira tentang persoalan ganjaran… seharusnya, jika benar hendak mendakwa pasangan Myanmar tersebut, ganjaran yang dijanjikan perlu diberikan terlebih dahulu… ini sudah jelas mencerminkan sikap pasangan ibubapa Yin yang hipokrit dan munafiq… sekurang-kurangnya, jika pasangan Myanmar itu dipenjarakan, 5 orang anak-anak mereka mempunyai beras untuk disuap, air untuk diminum, baju untuk dipakai…

namun, bukan niat saya untuk menyalahkan ibubapa Yin… apa yang saya ragukan ini tidak pernah ditimbulkan oleh media, maka saya berniat untuk mencambahkan benih agar ia berkembang sempurna menjadi buah fikiran yang terbuka…  ini semua harus dijadikan iktibar kepada semua…

Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi : Kelakar

April 13th, 2007 by shahrularif

Tamat sudah Malam Gemilang Sepuluh ke-10 di kota keriangan Genting Highland… saya kira, ia merupakan suatu pengalaman manis terutama sekali apabila kakak saya menyertai jamuan makan malam kolej saya buat pertama kalinya…

Sekilas pandang, penganjuran Malam Gemilang Sepuluh ke-10 tersebut berlangsung dengan jayanya… semua pelajar dapat menaiki bas, semua peserta dapat sampai ke puncak, semua penghuni kolej dapat menjadi penghuni sementara Hotel First World… malah, komen yang diberi oleh kakak saya selaku pihak luar pun memandang penganjuran tersebut sebagai berjaya… tidak dinafikan, jumlah RM120 yang dibayar merupakan suatu nilai yang berbaloi dan murah jika dibandingkan dengan apa yang diperoleh selama 2 hari 1 malam…

Pun begitu, setelah diteliti dengan lebih mendalam, kerancuan yang ada pada Malam Gemilang Sepuluh ke-10 perlu kita teliti demi kebaikan bersama… soal pengangkutan misalnya, memang tidak dinafikan bahawa bas yang disediakan cukup… tetapi penghuni kolej ibarat pelanggan; perlu dilayan dengan baik dan sistematik… sistem ala-ala puduraya oleh jawatankuasa pengangkutan ditambah pula dengan sikap ulat  AJK membuatkan pelanggan rasa meluat… apabila salah menaiki bas, maka dimaki hamunlah pelajar-pelajar tersebut oleh AJK.. sepatutnya dalam kes ini, AJK perlu meminta maaf kepada pelajar kerana kurang memberi maklumat sehingga berlaku kesilapan… namun, sebaliknya berlaku apabila AJK dengan bangganya berkata "Siapa suruh you all pergi sana?"… huh?!…

Susunan majlis juga penuh kerancuan… Apabila AJK sendiri tidak tahu bahawa VVIP yang datang ini mewakili perasmi atau tidak, sedangkan nama perasmi asal sudahpun dicetak besar dengan gambar master dan AJK MGS pada backdrop pentas… ditambah dengan kerancuan jeda, intonasi serta sebutan oleh pengerusi majlis yang ditekan oleh pengarah dan penasihat tertinggi protokol majlis … membuatkan majlis kurang tersusun… keadaan over run yang melampau-lampau, ditambah dengan lighting dewan yang cukup suram dan kelam-kabut dek kerana tiada dry run dibuat sepanjang 6 jam AJK berpesta di dalam ballroom sebelum itu… gimik food presentation tidak menjadi langsung juga adalah akibat daripada rehearsal yang entah ke mana…. namun pujian perlu diberi kepada pengerusi majlis informal kerana saya kira beliau berjaya menjalankan tugas dengan baik… Ya! majlis berjalan dengan sempurna… persoalannya, apakah maknanya mendapat anak jika anda tidak berkahwin? (apakah makna majlis lancar jika tidak mengikut protokol dan pengurusan acara yang betul?)

maka bertebaranlah penghuni kolej ke seluruh kota keriangan, melupakan segala kenderaan yang tidak berpelekat  yang telah diclamp dan dikenakan denda (anehnya, ada kenderaan tertentu yang tidak berpelekat tidak pula ditambat?)… jika difikirkan di pihak pelajar, RM 120 merupakan suatu nilai yang berbaloi… namun kolej ini tidak mengukur baju di badan sendiri, kerana jika dihitung subsidi yang diberikan kepada pelajar, sungguh menakutkan…

isu ini tidak tamat begitu sahaja… turunnya pelajar dari Genting, maka naiklah senarai nama yang diterima kolej… dan seluruh blok S2 gegak gempita dengan senarai yang kelakar tersebut… ibarat kera di hutan disusukan, anak si rumah mati kelaparan, pelajar yang mempunyai kredit untuk terus menginap di kolej, ditiadakan namanya dalam senarai… memang hebat panel pemilih kolej, kerana mampu membuat tilikan yang penuh kesilapan dalam melabel pelajar… sikap prejudis mengaburi mata barisan panel untuk bertindak adil… maka segala jemaah surau, AJK MGS, malah wakil aras sendiri tidak mendapat tempat… dikekalkan pula semua penglipurlara dan penari-penari istana… sehingga yang berhak terpaksa merafak sembah menghinakan diri membuat rayuan yang saya kira tidak ada kepastiannya…

Di akhirnya, apakah bebaloi pengorbanan kita dibayar sebegini?… mungkin tulisan saya berbaur sentimen dan kelihatan rebelious… namun, perlulah kita memuhasabah diri kita demi kebaikan bersama…

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriamn dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"

Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi : Mengecewakan

March 29th, 2007 by shahrularif

Oleh sebab blog merupakan satu tempat yang bebas untuk saya menulis apa sahaja, maka saya ingin menulis apa yang membelenggu fikiran belakangan ini. Saya sedar, mungkin saya ini bukanlah insan terbaik, tetapi tidak salah jika saya menyuarakan beberapa pendapat dan kritikan demi kebaikan dan menyedarkan semua.

Malam Gemilang Sepuluh (MGS) ke-10 2007 semakin hampir. Sedar tidak sedar, hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk ke Genting H’land Convention Centre. Boleh diibaratkan bahawa MGS adalah kemuncak segala-galanya. Maka, untuk mengelakkan sebarang kontroversi mahupun spekulasi, maka sebarang kecacatan ketara perlu dielakkan.

Malangnya, satu persatu kerancuan didedahkan kepada seluruh penduduk kolej. Sebagai catatan, Saudari Arie Sakinah selaku pengarah MGS telah mempertanggungjawabkan kepada saya sebagai mentor Aturcara & Protokol, dan InsyaAllah saya akan lakukan sedaya upaya. Mungkin Allah takdirkan saya membaca teks emcee yang khabarnya telah diedit oleh pengetua kolej. Menyebabkan saya tidak tidur malam membetulkan kembali 1001 kesalahan yang saya kira tidak boleh dimaafkan langsung (mungkin yang berada di sekeliling saya tahu masalah tersebut). Tentang bahasa yang digunakan, saya tidak boleh berkata apa kerana ini dasar universiti untuk mengagungkan bahasa Inggeris. Pun begitu, adalah lebih molek kiranya diteliti teks yang digunakan kerana ia memalukan kita selaku warga kolej. Belum diceritakan tentang penerima-penerima anugerah yang ibarat ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.

Tidak cukup dengan itu, dikejutkan pula dengan majlis untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjuang mewakili Kolej 10 untuk Festival Seni. Saya kira, saya tidak terkecuali kerana saya menyertainya dan Alhamdulillah rezeki saya untuk memperoleh tempat kedua, mendapat wang tunai RM 400. Bukan niat untuk timbulkan spekulasi, cuma apa yang dilakukan oleh pihak kolej ialah menyekat wang kemenangan tersebut. Pun begitu, biar saya bandingkan pengurusan kolej dengan pengurusan pihak HEP & Alumni UM (di bawah pentadbiran bekas pengetua kolej 10 sendiri). Duit kemenangan yang diperoleh akan dibahagi kepada dua, sebahagian kepada peserta dan sebahagian akan diambil oleh pihak HEP, dengan alasan akan digunakan untuk urusan perbelanjaan di masa-masa akan datang (seperti elaun dan sebagainya) dan duit yang diambil oleh HEP ini akan dimasukkan ke dalam akaun yang boleh disemak oleh pelajar bila-bila masa. Kita lihat apa yang berlaku di kolej? Duit diambil 100%, dengan alasan yang sama. Namun, dapatkah kita melihat ke mana flow duit tersebut? Penganjuran malam tersebut juga penuh kecacatan, walau belum mula majlisnya. Pelajar yang sepatutnya hadir, tidak dimaklumkan awal. Ralat di hati saya, ingin merasa jamuan dan merasai kenangan berkumpul semula, terpaksa dilupakan kerana saya terlebih dahulu berjanji dengan keluarga untuk pulang ke rumah. Maka kempunanlah saya merasai detik-detik manis tersebut.

Satu lagi yang mengecewakan saya, ialah bagaimana tuntutan saya untuk yuran Debat NC yang sunggug mendukacitakan. Sebelum menyertai pertandingan debat tersebut, saya dimaklumkan oleh pihak JKP bahawa kolej menyuruh saya mendahulukan yuran dan kemudian boleh menuntutnya kembali dengan pihak kolej. Lantas, dalam tempoh kurang dua minggu selepas penyertaan, saya menghantar surat tuntutan lengkap dengan laporan pasukan kolej, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh pasukan debat UM setelah tamat sesuatu kejohanan. Malangnya, seminggu masa diambil untuk staf kolej berkata "Ada tak kolej menyuruh awak menyertai pertandingan ini?". Ayat ini telah menghangatkan perasaan saya. Kemudian seminggu lagi masa diambil untuk pihak JKP Kolej membuat reply kepada saya "Ali, pengetua minta penganjur buat surat pengesahan penyertaan awak". Jadi, apa gunanya resit rasmi yang saya kepilkan dengan laporan tersebut. Maknanya, satu kesimpulan boleh dibuat iaitu kerenah birokrasi kolej yang menyulitkan.

Maka di akhirnya, Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi mengecewakan saya. Tulisan di atas hanyalah nukilan saya, mewakili rasa hati saya, mencoretkan kekecewaan saya. Tidak dihimpunkan lagi berapa banyak kekecewaan yang lain. Hendak diharapkan barisan JTK, JKP dan JIK berbuat sesuatu? Jangan impi bulan jatuh keriba. Dan sesekali saya tidak akan berganjak dari kolej ini. Kerana analogi mudah, jikalau kita tidak sukakan pentadbiran negara, perlukah kita tinggalkan Malaysia?